Si Comel |
Dengan mengenali tanda-tanda kelahiran ini, anda akan mengetahui waktu yang tepat untuk pergi ke hospital atau klinik bersalin dan membuat persediaan yang rapi apabila mendapati tanda tersebut sudah ada pada anda. Walaupun proses kelahiran berbeza-beza bagi setiap wanita tetapi tanda-tanda hendak bersalin adalah sama. Antara tanda-tanda si comel bersedia untuk dilahirkan adalah:
Lendir bercampur darah
Pengeluaran lender bercampur darah. Ia terjadi disebabkan sumbatan
yang tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya
lendir yang berwarna kemerah-merahan kerana bercampur dengan darah. Anda harus hubungi doktor anda apabila pendarahan berlaku terlampau banyak
Air ketuban pecah
Kantung ketuban yang mengelilingi bayi pecah sehingga menyebabkan air
ketuban terkeluar (air ketuban ialah cecair yang bersih, jernih dan
tidak berbau). Apabila waktu bersalin semakin hampir, dalam perjalanan
ke hospital nanti gunakan tuala Wanita supaya dapat menyerap cecair
ketuban anda.
Kontraksi yang teratur
Kontraksi yang
dirasai anda pada kali ini tidak seperti kontraksi braxton hicks, di
mana ia timbul secara teratur. Pada permulaanya, kontraksi anda hanya
sebentar dan lama kelamaan menjadi bertambah lama dan bertambah kuat.
Rasa sakit tidak hilang. Jadi, jika kontraksi anda sudah berlaku pada
setiap 5 minit sekali atau anda berasa sangat sakit, barulah anda pergi
ke hospital. Jangan lupa pula bawab arang-barang yang sudah anda
siapkan.
Kontraksi Braxton hicks ialahkontraksi yang tidak
sakit dan menandakan badan anda sedang menyediakan diri untuk kelahiran.
Kemutan yang dirasai merupakan sakit yang tidak kuat, tidak teratur dan
akan hilang apabila anda duduk atau sedang berehat.
0 komen budak cute:
Post a Comment