Syaurah Ashikin! »

Friday 25 July 2014

Dalca Sayur

Dalca


Bahan-bahannya:

  • 1 mangkuk ayam -isi/hati/kaki- (direbus seketika & ditoskan)
  • 1 pek rempah kari daging/ayam Adabi 
  • 1 biji bawang besar  (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih  (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 cwan santan
  • 1 keping asam keping
  • sayur-sayuran (dipotong)
         - lobak merah
         - ubi kentang
         - terung
         - bendi
         - tomato
         - Lain2 sayuran (jagung muda, kacang panjang)



Cara-caranya:
  1. Campurkan bahan kisar bersama rempah kari untuk dijadikan pes dan tumiskan sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, asam keping dan sedikit air, biarkan sebentar sehingga masak. Kacaukan selalu.
  3. Masukkan santan, kentang dan lobak merah. Masak hingga kentang dan lobak merah empok.
  4. Kemudian masukkan bendi dan terung, biarkan sampai empuk sedikit. Kacau.
  5. Masukkan tomato dan perasakan. Kacau sebatikan kuahnya.
  6. Bila dah berpuas hati, matikan api dan hidangkan bersama nasi.




..... Sharing Is Caring ...




Wednesday 23 July 2014

Shopping Barang Baby


Alhamdulillah...today, I'm officially 34 weeks and 2 days pregnant...41 more days to go...Baby Oh Baby....

Senarai Barangan Baby (NewBorn)

Lampin / Baby Napkin : Rm26.90
- Mydin -

Mittens, Bootiest & Hats : Rm35.20
- Mydin -

Baju & Seluar : Rm110.10
- Mydin & Tesco -

Romper : Rm12.80
- Mydin -

Barut : Rm23.80 + free (mak jahitkan)
- Anakku -

Baby Blanket with Hood : Rm16.90
- Mydin -

Botol Susu: Rm27.90
- Parkson -

Set Mandian & Wangian : Rm13.90
- Parkson -

Diaper Wipes : Rm4.50
- Parkson -

Diapers New Born : Rm18.90
- Tesco -

Cotton balls &Cotton Buds : Rm5.90
- Mydin -

Tuala Baby : Rm16.70
- Mydin -

Beg Pakaian : Rm51.40
- Maar's Babykidsmom Collection -

Set tilam berkelambu & sleeping bag : Rm53.00
- Baby and Muslimah Online Store -

Kelambu : Rm15.90
- Mydin -

Changing Mat : Rm15.90
- Mydin -
Berus botol susu : Rm4.50
- Mydin -
Penyangkut Baju Berkelip : Rm5.90
- Mydin -
Box : Rm31.90
- Mydin -


    Setakat ni jumlah keseluruhan = +- Rm492.00.. ada lagi 2,3 barang yang tak dibeli...t shopping lagi (^_^)



..... Sharing Is Caring .....



Tuesday 22 July 2014

Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam
  • *2 sudu besar biji ketumbar
  • *1 sudu teh jintan manis
  • *1 sudu teh jintan putih
  • (bahan bertanda * di tumbuk atau dimesin kering halus)
  • #6 biji bawang merah
  • #2 ulas bawang putih
  • #2 inci halia
  • #2 inci lengkuas
  • #2 inci kunyit hidup(ganti serbuk kunyit pun ok)
  • #2 batang serai
  • (bahan bertanda # ditumbuk atau diikisar kasar. Kalau halus tak sedap)
  • 1-2 sudu besar serbuk kari daging
  • Sedikit serbuk cili atau cili kisar(optional)
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa helai daun limau purut-diracik halus
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya:
  1. Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.
  2. Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar. Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam.
  3. Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best.
  4. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.
  5. Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng. Rempah ni yang best oooo.. Kalau tak angkat terus nanti rempah-rempah tu hangit dan pahit. Then teruskan menggoreng hingga habis.
  6. Bolehlah dihidangkan ketika panas-panas.





..... Sharing Is Caring ...



Saturday 12 July 2014

Ikan Percik Kelantan

Ikan Percik Kelantan

Bahan-bahannya:

  • 4 ekor ikan kembong (di perap dengan garam + kunyit)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 1 ulas bawang puteh (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 3 tangkai cili kering (dikisar)
  • 200ml santan pekat
  • Manisan/gula *
  • Garam
  • 1 asam keping


Cara-caranya:
  1. Masak santan bersama bahan kisar dan asam keping.
  2. Tambahkan garam, manisan atau gula secukup rasa.
  3. Kuah harus sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak. Masak sehingga mendidih dan padamkan api.
  4. Panggang ikan sampai masak sempurna. Setelah ikan masak, salutkan ia dengan kuah percik pada kedua-dua bahagian, lalu dipanggang seketika. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar sebanyak  2-3 kali. Hidangkan.




..... Sharing Is Caring ...


.

Friday 11 July 2014

Nasi Kerabu Kelantan Style

 Bahan untuk nasi:
  • 1 genggam penuh bunga telang  |  rendam dalam air secukupnya
  • 2 1/2 cawan beras
  • 3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)
  • 5 helai daun limau purut | koyak2 sedikit
  • 1 batang serai | titik


Cara:
  1. Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
  2. Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk.Kacau rata.
  3. Tanak hingga nasi masak.

**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.


Bahan Kuah Tumis:
  • Santan pekat (saya guna 1 cawan)
  • 7 ulas bawang merah* | (*) kisar
  • 1/2 labu bawang putih*
  • 3 labu bawang besar*
  • 15 tangkai cili kering*
  • 1 cm halia*
  • 1 batang serai | ketuk
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit gula melaka
  • 2 sudu besar budu
  • Garam (kena rasa masin dulu)


Cara:
  1. Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.


**Nota Kak Azie: Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit.Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat.Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.


Bahan Sambal kelapa:
  • 1 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
  • 1/2 biji kelapa | goreng (sangai)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • Garam
  • Gula


Cara:
  1. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
  2. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
  3. Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.


Ulam-ulaman:
Kacang panjang
Kubis
Timun (tak letak)
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar (tak letak)
Kacang botol (tak letak)
Taugeh

Cara:
  1. Hiris halus kesemua ulaman.


Bahan Sambal Cili:
  • Cili padi | tumbuk
  • Cuka
  • Garam
  • Gula


Pilihan Lauk Pauk:
  • Telur masin
  • Ikan rebus goreng celup tepung
  • Daging bakar
  • daging goreng @ ayam goreng
  • Keropok @ keropok lekor
  • Solok lada
  • Bawang putih jeruk



Cara menghidang:
  1. Letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
  2. Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
  3. Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
  4. Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.


Sumber Resepi: Azie@Azie Kitchen




..... Sharing Is Caring .....





Monday 7 July 2014

Gulai Kuning Telur Itik

Gulai Kuning Telur Itik
Bahan-bahan:
  • 5 biji telur itik
  • 100 ml santan pekat
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 2 biji cili kering (dikisar)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 keping asam keping 
  • 3 biji cili hijau
  • Sedikit air
  • Gula dan garam secukupnya



Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan kecuali telur dan bahan perasa. Tambah sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
  2. Kacau sentiasa sehingga mendidih bagi memasti kuah tidaak berketul-ketul.
  3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan perasakan dengan garam serta gula.
  4. Masak  seketika, lebih kurang 6-10 minit. Siap.





..... Sharing Is Caring .....

Sunday 6 July 2014

Singgang Tulang

Singgang Tulang
 
Bahan-bahan:
  • 1/2 kg tulang
  • 2 keping asam keping 
  • 3 ulas bawang putih (dititik)
  • 2 biji cili kering (dipotong)
  • 1 inci lengkuas 
  • 1 sudu besar ketumbar (ditumbuk kasar + 2 sb air & ditapis utk dapatkan airnya)
  • Gula dan garam secukupnya


Cara-caranya:
  1. Rebus tulang sehingga empuk, lebih kurang 45 minit.
  2. Kemudian masukkan semua bahan lain.
  3. Masak lagi seketika, lebih kurang 6-10 minit. Siap.




..... Sharing Is Caring .....
 
 
 

Friday 4 July 2014

Udang Masak Lemak Cili Padi

Udang Masak Lemak
Bahan-bahan:
  • 4 ekor ketam saiz sederhana (belah dua)
  • 100 ml santan pekat
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 4-6 biji cili padi (dikisar)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 keping asam keping 
  • Gula dan garam secukupnya


Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan kecuali ketam dan bahan perasa. Tambah sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
  2. Kacau sentiasa sehingga mendidih. Kemudian masukkan ketam dan perasakan dengan garam serta gula.
  3. Masak sehingga ketam kelihatan kemerahan, lebih kurang 6-10 minit. Siap.




..... Sharing Is Caring .....