Syaurah Ashikin! »

Friday, 30 May 2014

Cencaru Masak Cili Masam Manis

Cencaru Masak Cili Masam Manis

Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru (belah belakang)

Bahan A
  • Sedikit garam halus
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  Bahan B
  • 2 sudu besar cili kisar/cili boh
  • 5 biji cili merah (ditumbuk kasar/hiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (dipotong nipis)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (potong dadu) 
  • 1/2 inci belacan (dibakar)
  • 1 sudu kecil jus limau nipis
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • Sedikit daun sup (dihiris nipis)
  • 1 biji mangga kampung (dibuang kulit & cincang isinya)
  • Gula & garam secukup rasa 
  • Sedikit air 
  • Minyak 


Cara-caranya:

  1. Perap seketika ikan bersama bahan A. Kemudian goreng sehingga agak garing dan angkat. Ketepikan.
  2. Tumiskan cili boh bersama sedikit minyak sehingga pecah minyak. Kemudian tambahkan bahan lain iaitu  cili merah, tomato, belacan, jus limau nipis, air asam jawa dan mangga muda. Kacau sehingga semua bahan sebati lebihkurang 3-5 minit.
  3. Jika inginkan lebih kuah, tambahkan sedikit air. Perasakan dengan gula dan garam.
  4. Akhir sekali masukkan bawang besar, daun sup dan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau sebati. Sedia untuk dihidangkan.


..... Sharing Is Caring .....

Tuesday, 27 May 2014

Bubur Nasi Ayam

Bubur Nasi Ayam

Bahan-bahan:
  • 1 cawan beras (dibilas bersih)
  • Air secukupnya
Bahan A:

  • 200g isi ayam (dicincang kasar)
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dipotong dadu) / mix vege
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • Garam & gula secukup rasa
  
Bahan B:
  • 3 cili merah (dihiris nipis)
  • Daun sup (dihiris nipis)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  •  Segengam ikan bilis (goreng)
  • 2 biji telur (digoreng hancur)
  • Bawang goreng 


 
Cara-caranya: 
  1. Masak beras seperti biasa tetapi pastikan menggunkan air lebih dari kadar biasa dalam anggaran 2-4 cawan.
  2. Apabila air mendidih, tambahkan bahan A. Kacau sebati sehingga beras tersebut  kembang dan lembik (kelihatan seperti dalam gambar di atas). 
  3. Siap. Hidangkan bersama bahan B.



..... Sharing Is Caring .....



Monday, 26 May 2014

Udang Masak Lemak Kuning

Udang Masak Lemak Kuning


Bahan-bahan:
  • 15 ekor udang (saiz sederhana)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 1 sudu besar cili boh/cili kering (dikisar)
  • 3 biji cili padi/cili merah
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 asam keping 
  • Air
  • Garam & gula secukup rasa

 
Cara-caranya: 
  1. Masukkan santan, bahan kisar dan sedikit air. Masak sehingga mendidih (kacau sentiasa bagi mengelak kuah berketul, jika suka tapis bahan kisar).
  2. Kemudian masukkan cili, asam keping dan udang. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Boleh dihidangkan.


..... Sharing Is Caring .....

Saturday, 24 May 2014

Ayam Masak Sos Tiram

Ayam Masak Sos Tiram


Bahan-bahan:
  • 300g ayam (potong kecil)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1/2 inci halia (dihiris nipis)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 3 biji cili hijau
  • Air
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak.

Cara-caranya:
  1. Perapkan ayam dengan sedikit gara dan sos tiram selamat 15 minit. Kemudian goreng ayam selama 3-5 minit.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama dalam anggaran 1 sudu, tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga sedikit garing.
  3. Masukkan sos tiram, kicap, kiub pati ayam, cili hijau dan sedikit air. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kacau. Hidangkan.



..... Sharing Is Caring .....


 

Friday, 23 May 2014

Tanda Si Comel Bersedia Untuk Dilahirkan


Si Comel


Dengan mengenali tanda-tanda kelahiran ini, anda akan mengetahui waktu yang tepat untuk pergi ke hospital atau klinik bersalin dan membuat persediaan yang rapi apabila mendapati tanda tersebut sudah ada pada anda. Walaupun proses kelahiran berbeza-beza bagi setiap wanita tetapi tanda-tanda hendak bersalin adalah sama. Antara tanda-tanda si comel bersedia untuk dilahirkan adalah:

Lendir bercampur darah


Pengeluaran lender bercampur darah. Ia terjadi disebabkan sumbatan yang tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir yang berwarna kemerah-merahan kerana bercampur dengan darah. Anda harus hubungi doktor anda apabila pendarahan berlaku terlampau banyak



Air ketuban pecah


Kantung ketuban yang mengelilingi bayi pecah sehingga menyebabkan air ketuban terkeluar (air ketuban ialah cecair yang bersih, jernih dan tidak berbau). Apabila waktu bersalin semakin hampir, dalam perjalanan ke hospital nanti gunakan tuala Wanita supaya dapat menyerap cecair ketuban anda.

Kontraksi yang teratur

Kontraksi yang dirasai anda pada kali ini tidak seperti kontraksi braxton hicks, di mana ia timbul secara teratur. Pada permulaanya, kontraksi anda hanya sebentar dan lama kelamaan menjadi bertambah lama dan bertambah kuat. Rasa sakit tidak hilang. Jadi, jika kontraksi anda sudah berlaku pada setiap 5 minit sekali atau anda berasa sangat sakit, barulah anda pergi ke hospital. Jangan lupa pula bawab arang-barang yang sudah anda siapkan.

Kontraksi Braxton hicks ialahkontraksi yang tidak sakit dan menandakan badan anda sedang menyediakan diri untuk kelahiran. Kemutan yang dirasai merupakan sakit yang tidak kuat, tidak teratur dan akan hilang apabila anda duduk atau sedang berehat.



Sumber Info: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel





..... Sharing Is Caring .....



Thursday, 22 May 2014

Sotong Goreng Kunyit Bersama Kacang Buncis

Sotong Goreng Kunyit Bersama Kacang Buncis



Bahan-bahan:

  • 6 ekor sotong (dipotong,saiz sederhana)
  • 10 batang kacang buncis (dipotong serong)
  • 1cm kunyit hidup (ditumbuk)
  • 1cm halia (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 biji cili api (ditumbuk)
  • 1 biji bawang besar (dimayang kasar)
  • 1 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk cili
  • Garam & gula secukup rasa



Cara-caranya:

  1. Perapkan sotong dengan seddikit serbuk kunyit, serbuk cili dan garam selama 20 minit.
  2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Tambahkan daun limau purut, sos tiram dan sedikit air (untuk yang suka berkuah).
  3. Kemudian masukkan sotong, kacang buncis dan bawang besar. Kacau seketika lalu tambahkan gula dan garam secukup rasa.


..... Sharing Is Caring .....


Wednesday, 21 May 2014

Scan 2D/3D/4D Poliklinik Tanjung Perdana, Perak

Scan 2D, 3D & 4D


Alhamdulillah pada 19 Mei 2014 semasa minggu ke 25 usia kandungan, saya dan En. suami telah buat appointment untuk scan baby di Poliklinik Tanjung Perdana pada pukul 8.30 pm. Pada hari bekerja Dr. yang bertanggungjawab untuk scan hanya ada dari pukul 6.30 pm hingga 11.00 pm and kalau hujung minggu dari pukul 8.30 am hingga 11.00 pm. Klinik ni dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Di bawah ni ada senarai pakej yang disediakan. Harga sangat berpatutan dan sevice yang diberikan pun baik. Untuk pengetahuan, klinik ni masih baru beroperasi, time ni ada promosi scan ultrasound sempena pembukaan klinik.

Pakej Scan 2D/3D/4D Poliklinik Tanjung Perdana, Tg. Rambutan, Perak

Sampai kat klinik, daftar di kaunter dan terus masuk bilik untuk scan. Dr. perempuan yang tolong scankan friendly and masih muda, lupa nama Dr. tu...tp malangnya Dr. bagitahu baby dalam keadaan melintang, baby pemalu sangat2, tak mau tunjuk muka, so susah sikit nak tengok muka baby. Takpelah, yang penting Dr. cakap baby sihat & perkembangan baby selaras dengan usia.

Lebih setengah jam Dr. pujuk baby supaya pandang depan, dia pergi sujud, tangan and kaki semua kat muka. Dah terlangkup tu, macam mana la nak nampak muka. Kaki asyik kepit, so Dr. tak dapat sahkan jantina baby tapi Dr. cakap kemungkinan sama dengan apa yang saya agak berdasarkan tanda-tanda yang saya alami sepanjang tempoh kehamilan. Dr. suruh pusing-pusing badan, nak bagi dia bergerak tapi nampaknya baby ni memang pemalu. Time ni berat baby lebih kurang 600g, berat yang normal.

Pasrah jelah tak dapat tengok muka baby. Dr. tak charge full sebab tak dapat tengok muka baby and tak pasti 100% jantina baby, Rm55 sahaja tapi still dapat CD. Sebenarnya tak kisah pun baby ni Girl or Boy, asalkan baby sihat sempurna...



3D/4D scan


2D scan



Doaku untuk anakku

Ya Allah...
peliharalah anak ini selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah...
Rupakanlah atau bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya.
Ya Allah...
Jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.



..... Sharing Is Caring .....



Tuesday, 20 May 2014

Perbezaan Scan 2D, 3D Dan 4D

Pernah tak dengar tentang scan 2D, 3D & 4D...??? Mesti ada yang tertanya-tanya apa beza antara scan 2D, 3D dan 4D...??? Secara ringkasnya:
  • 2D scan displays 2 dimensions: height and width.
  • 3D scan displays 3 dimensions: height, width and depth.
  • 4D scan displays 4 dimensions: height, width, depth and movement (a.k.a Live 3D) as the 4th dimension is time which is the actual movement of the baby.



Perbezaan 2D, 3D & 4D scan. Sumber: YouTube



Info kat bawah ni saya copy dari blog NaieLynn:

Scan 2D

  • scan ini lebih kepada hitam putih jer yang biasanya digunakan di klinik kerajaan untuk tau perkembangan bayi dalam kandungan. 
  • ia tak dapat kesan kecacatan bayi dalam kandungan kecuali ibu-ibu melakukan scan "2D detail" yang boleh kesan masalah kromoson seperti sindromdown yang biasanya boleh dibuat di klinik swasta.

Scan 3D

  • kalau scan 3D, ibu-ibu dapat lihat luaran rupa dan bentuk bayi dalam kandungan yang mana kita dapat faham gambar yang dirakam oleh ultrasound. Kata orang, bila tengok gambar tu dah boleh teka 'mulut', 'hidung', 'mata' dan lain-lain.
  • Bagi scan 3D ni memang berguna untuk lihat organ dalaman bayi dalam kandungan dan pastinya dapat lihat jantina bayi.

Scan 4D

  • Fungsinya sama dengan scan 3D tapi bagi scan 4D lebih kepada video dimana dapat lihat secara langsung pergerakan bayi dalam kandungan. Macam korang rakam video, cuma bezanya video nie dirakam oleh doktor untuk tengok bayi dalam kandungan secara live.
  • kalau bayi tengah menguap, senyum atau buat mimik muka yang berbeza-beza pun dapat dilihat dengan jelas.


..... Sharing Is Caring .....


Monday, 19 May 2014

Ketupat Sotong Ala Kelantan

Ketupat Sotong


Bahan-bahan:
  • Beras pulut secukupnya
  • 5 ekor Sotong (saiz sederhana)
  • 1 helai daun pandan
  • 100ml Santan pekat
  • 1 ketul gula melaka (potong kecil)
  • 1 sudu gula
  • Secubit garam
  • Lidi/Pencungkil gigi


Cara-caranya:
  1. Rendam beras pulut selama ½ jam bersama santan cair dan sedikit garam.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam sotong sebanyak 2/3 dari badan sotong yang telah dicuci bersih.
  3. Seterusnya masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan dicucuk dengan lidi bagi mengemaskannya.
  4. Susunkan dalam periuk bersama daun pandan. Tuangkan santan, sedikit air (mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki) dan sedikit garam.
  5. Masak sehingga pulut masak lebih kurang selama 15 minit (sotong kelihatan gemuk).
  6. Kemudian masukkan gula dan gula melaka. Masak sehingga agak pecah minyak.


..... Sharing Is Caring .....



Friday, 16 May 2014

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

Sumber : Google Image

Perkembangan Bayi Minggu 1


Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim. 


Nota Hamil : Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida. 



Perkembangan Bayi Minggu 2


Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium. 


Nota Hamil : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat. 



Perkembangan Bayi Minggu 3


Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung. 


Nota Hamil : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju atau susu. Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan. Digalakkan juga memakai stokin, serta baju panas. 



Perkembangan Bayi Minggu 4


Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung) 


Nota hamil : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan. 



Perkembangan Bayi Minggu 5


Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. 


Nota Hamil : Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat. 



Perkembangan Bayi Minggu 6


Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan. 


Nota Hamil : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas. dan kebiasaannya gatal-gatal akibat pengelupasan kulit seluruh badan. Nasihat saya jangan garu dengan kuku atau benda tajam sebaiknya sapukan losyen sepelas mandi atau ketika kulit terasa kering. Banyakkan minum air mineral. 



Perkembangan Bayi Minggu 7


Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk. 


Nota Hamil : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih. Banyakkan berehat bagi mencapai keselesaan. 



Perkembangan Bayi Minggu 8


Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya. 


Nota Hamil : Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak. Digalakkan memakai pantyliner dan menggunakan pencuci khusus alat sulit untuk keselesaan. Serta kerap menukar seluar dalam yang bersih. 



Perkembangan Bayi Minggu 9


Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. 


Nota Hamil : Berat badan ibu mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Berhati-hati memilih makanan yang sesuai pada ketika ini, kurangkan makan karbohidrat kerana boleh menyebabkan badan si ibu meningkat. Sebaiknya ikut nasihat doktor cara bagaimana pemakanan yang sesuai untuk anda. 



Perkembangan Bayi Minggu 10


Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. 


Nota Hamil : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. 



Perkembangan Bayi Minggu 11


Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidak normalan pada janin dan jangkitan tertentu. 


Nota Hamil : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. 



Perkembangan Bayi Minggu 12


Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. 


Nota Hamil : Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya. 



Perkembangan Bayi Minggu 13


Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti. 


Nota Hamil : Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan. 



Perkembangan Bayi Minggu 14


Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. 


Nota Hamil : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami. 



Perkembangan Bayi Minggu 15


Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. 


Nota Hamil : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. 



Perkembangan Bayi Minggu 16


Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. 


Nota Hamil : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah. 



Perkembangan Bayi Minggu 17


Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. 


Nota Hamil : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa. Pemilihan baju serta seluar juga perlu ditukar. Jangan memakai pakaian yang ketat seperti jeans. Namun anda masih boleh bergaya kerana dipasaran terdapat banyak seluar untuk ibu hamil yang seakan sama dengan pakaian casual yang anda pakai sebelum mengandung. Begitu juga dengan bra, dan seluar dalam anda perlu menukar kepada saiz yang lebih besar atau yang selesa. 



Perkembangan Bayi Minggu 18


Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat. 


Nota Hamil : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sama seperti apa yang saya katakan tadi digalakkan menggunakan panty liner dan kerap menukar seluar dalam yang bersih. 



Perkembangan Bayi Minggu 19


Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul. 


Nota Hamil : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. 



Perkembangan Bayi Minggu 20


Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. 


Nota Hamil : Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng. 



Perkembangan Bayi Minggu 21


Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya. 


Nota Hamil : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah. 



Perkembangan Bayi Minggu 22


Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar. 


Nota Hamil : Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah. 



Perkembangan Bayi Minggu 23


Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu. 


Nota Hamil : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema. Untuk melegakan kaki yang bengkak cuba rendam dengan air panas 5 - 15 minit setiap hari sebelum tidur. 



Perkembangan Bayi Minggu 24


Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik, lagu atau bacaan Al-Quran. 


Nota Hamil : Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini. Jadi kawal pemakan harian anda. 



Perkembangan Bayi Minggu 25


Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu. 


Nota Hamil : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan serta ayat-ayat Al-Quran. 



Perkembangan Bayi Minggu 26


Bayi mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan. 


Nota Hamil : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru. Seperti nasihat saya sebelum ini anda perlu menukar saiz bra, seluar dalam dan elakkan memakai pakaian yang ketat. 



Perkembangan Bayi Minggu 27


Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa 


Nota Hamil : Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal. 



Perkembangan Bayi Minggu 28


Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. 


Nota : Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit. 



Perkembangan Bayi Minggu 29


Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. 


Nota Hamil : Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal. Ingin tahu bagaimana memilih bantal khusus untuk ibu hamil serta cara posisi yang baik sila dapatkan Buku Dairi Hamil yang terdapat diruang Kedai Buku Online dalam page ini. 



Perkembangan Bayi Minggu 30


Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. 


Nota Hamil : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu. 



Perkembangan Bayi Minggu 31


Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap. 


Nota Hamil : Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas. 



Perkembangan Bayi Minggu 32


Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. 


Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal. 



Perkembangan Bayi Minggu 33


Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. 


Nota Hamil : Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah. 



Perkembangan Bayi Minggu 34


Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. 


Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini. 



Perkembangan Bayi Minggu 35


Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga. 


Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang. 



Perkembangan Bayi Minggu 36


Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. 


Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang. 



Perkembangan Bayi Minggu 37


Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan. 


Nota Hamil : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin. 



Perkembangan Bayi Minggu 38


Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya. 


Nota Hamil : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin. 



Perkembangan Bayi Minggu 39


Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu. 


Nota Hamil : Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital. Banyakkan berselawat nabi serta berzikir untuk membantu keresahan. 



Perkembangan Bayi Minggu 40

Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.





..... Sharing Is Caring .....