Syaurah Ashikin! »

Tuesday, 22 July 2014

Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam
  • *2 sudu besar biji ketumbar
  • *1 sudu teh jintan manis
  • *1 sudu teh jintan putih
  • (bahan bertanda * di tumbuk atau dimesin kering halus)
  • #6 biji bawang merah
  • #2 ulas bawang putih
  • #2 inci halia
  • #2 inci lengkuas
  • #2 inci kunyit hidup(ganti serbuk kunyit pun ok)
  • #2 batang serai
  • (bahan bertanda # ditumbuk atau diikisar kasar. Kalau halus tak sedap)
  • 1-2 sudu besar serbuk kari daging
  • Sedikit serbuk cili atau cili kisar(optional)
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa helai daun limau purut-diracik halus
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya:
  1. Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.
  2. Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar. Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam.
  3. Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best.
  4. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.
  5. Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng. Rempah ni yang best oooo.. Kalau tak angkat terus nanti rempah-rempah tu hangit dan pahit. Then teruskan menggoreng hingga habis.
  6. Bolehlah dihidangkan ketika panas-panas.





..... Sharing Is Caring ...



0 komen budak cute:

Post a Comment