1 Mei 2012
bersamaan hari pekerja, kami terdiri daripada seramai lima orang pelajar ISMP
Kimia UPSI telah memulakan perjalanan tepat jam 9.15 pagi dengan menaiki sebuah
kereta yang disewa khas menuju ke lima check point iaitu:
·
SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya.
·
SMK Rantau Panjang, Batang
Berjuntai.
·
SMK Sg. Burong, Tg. Karang.
·
SMK Dato’ Mustaffa, Sekinchan.
·
SMKA Simpang Lima, Sg. Besar.
Kami telah
berjaya menjejaki kelima-lima destinasi dengan bantuan Google Map dan penduduk
sekitar. Perjalanan ke destinasi pertama mengambil masa hampir sejam melalui
jalan yang agak mencabar dan jarak destinasi yang kedua dengan destinasi pertama
mengambil masa lebih kurang 15 minit. Seterusnya kami menuju ke destinasi yang
ke tiga dimana ianya mengambil masa hampir setengah jam. Destinasi ni terletak
di dalam sebuah kampung yang aman damai.
Tiba-tiba
perut kami terasa lapar sangat. Tiba di ‘bandar’ Sekinchan, kami pusing-pusing tempat
tersebut untuk mencari kedai makan tapi
malangnya kebanyakkan kedai makan dikawasan itu dimiliki oleh orang bukan
islam, kecewa seketika. Alhamdulillah akhirnya kami dengan tidak sengaja terjumpa
kedai mamak, dengan sopan santunya kami mengambil nasi dan lauk-lauk yang
menepati citarasa kami untuk dinikmati. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan
ke destinasi ke empat yang terletak berhampiran ‘bandar’Sekinchan dan
berdekatan dengan laut. Tanpa segan silu, kami berposing dijeti berhampiran.
Payung Ooo Payung |
Payung lagi |
Cun...!!! |
Jeti Cun melecun... |
Sekitar jeti |
Kemudian
kami bertolak ke destinasi terakhir yang terletak lebih kurang tujuh kilometer bersamaan lima minit
perjalanan dengan menaiki kereta dari destinasi ke empat. Untuk pengetahuan
umum, di setiap destinasi kami akan bersua muka dengan pakguard sekolah
berkenaan untuk mengesahkan kehadiran kami kecuali di destinasi pertama.
Sejurus selepas itu, kami singgah ke masjid berdekatan yang terletak
berhampiran dengan sawah padi untuk menunaikan kewajipan kami, cantik sangat
permandangan di kawasan tu. Sekali lagi kami berposing di tempat kejadian.
Bawaku terbang |
Boleh pandang-pandang |
Hijau |
Sawah |
Tepat jam
5.30 petang, kami memulakan perjalanan pulang ke Tanjung Malim. Dalam
perjalanan pulang kami dengan rasa senang hati singgah ke kampung nelayan yang
berhampiran ‘bandar’ Sekinchan. Kami mengulangi perbuatan yang sepatutnya kami
lakukan iaitu berposing ditepian
pantai. Setelah itu, kami teruskan perjalanan pulang ke Tg. Malim dan singgah
seketika di KFC untuk menjamu selera sebelum pulang ke kediaman masing-masing
sebelum Subuh dengan selamatnya. Alhamdulillah,Tamat....
Pantai? |
Santai |
0 komen budak cute:
Post a Comment