Syaurah Ashikin! »

Monday 30 April 2012

Jual Mahal Itu Satu Keperluan


“Jangan jual mahal, nanti tak laku...!!!” Itu lah frasa yang selalu disebut-sebut. Jual mahal bukan bermakna seseorang perempuan menolak lelaki tersebut mentah-mentah. Tetapi ini sebagai langkah berjaga-jaga dan sebenarnya dia dalam usaha untuk menapis lelaki mana yang betul-betul ingin serius dengannya atau hanya berniat untuk main-main.

Jodoh itu rahsia Allah
Saya berpendapat ianya semudah, “Kalau ingin berkenalan, silalah ke rumah bertemu dengan papa saya.” Saya ucapkan tahniah kalau selepas kamu berkata begitu, lelaki itu langsung tidak menghubungi anda, sebab nampak sangat dia tidak berniat ikhlas terhadap kamu. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah akan memberikan anda lelaki yang lebih baik daripada itu dan dia bukan jodoh kamu walaupun dalam hati kamu dah ada sekuntum bunga. Sekurang-kurangnya, ia belum menjadi setaman...
dipetik dari tempat berteduh.

Menurut Eddy Rosyadie (2009), Jodoh adalah sebentuk pertemuan dan kemudiannya persetujuan untuk mengikat satu bentuk "perjanjian" sebagai satu pasangan yang hidup bersama. Cinta pula adalah perasaan kasih mengasihi. Cinta dan jodoh adalah perkara berbeza tapi saling memerlukan. Semua orang mencari cinta untuk mendapatkan jodoh tetapi ada juga yang dijodohkan tanpa ada cinta tetapi cinta disemai kemudiannya.

 “...Dulu aku buta tentang cinta, aku sangka cinta itu sepatutnya buta,  hakikatnya cinta itu celik dan lebih berkesan apabila cinta itu celik dan apabila aku celik tentang cinta...”  

“Cinta itu indah jika anda memberi peluang untuk diri anda dicintai dan
anda pula diberi pilihan untuk mencintai seseorang”
Eddy Rosyadie Mohd Samsury (2009)

0 komen budak cute:

Post a Comment