Apakah yang dimaksudkan dengan
matang? Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka kematangan merujuk kepada manusia ia menggambarkan
insan yang sudah mencapai kesempurnaan fikiran. Bagi saya lebih mudah untuk menentukan
kematangan pada buah-buahan dan haiwan tapi tidak pada manusia. Sebagai contoh kematangan
pada buah-buahan, buah pisang berangan biasanya mencapai tahap kematangan
optimun selepas 11-13 minggu dari mula terbuka jantung atau ia mula
mengeluarkan bunga manakala matang apbila merujuk kepada binatang, lembu yang sudah
sampai umurnya iaitu dua hingga tiga tahun akan disembelih bagi tujuan korban dan
sebagainya tapi manusia tiada had umur tertentu yang menunjukkan tahap kematangan
mereka.
Setuju atau tidak jika saya katakan umur bukan foktor kematangan seseorang sama ada lelaki atau perempuan? Ada seorang teman berpendapat matangnya seorang manusia bukan bergantung pada sikap, pemikiran atau tindakan tapi ianya bergantung kepada kewarasan individu itu di dalam membuat keputusan dan kematangan tidak dapat dilihat secara zahir sebab kita ni sampai bila-bila takkan matang sepenuhnya pasti ada juga sikap kebudak-budakkan. Ada juga yang menyatakan matang atau baligh yang sebenar adalah setelah memperoleh petunjuk serta hidayah Allah s.w.t dan kita mengamalkanya.
Terdapat
suatu kisah pada zaman Rasulullah s.a.w yang boleh kita kaitkan dengan umur
bukan faktor kematangan. Usamah bin Zaid diberikan tugas menjadi panglima
perang ke Syam ketika berumur 20 tahun kerana Rasulullah s.a.w melihat
kematangan yang ada dalam diri Usamah sedangkan ketika itu ramai
sahabat-sahabat yang lebih tua yang mungkin lebih layak menjadi panglima.
Kadang kala kita akan membuat sesuatu keputusan yang tidak matang. Jadi sebelum
membuat sesuatu lebih-lebih lagi melibatkan orang lain kita haruslah berfikir
secara rasional, minta pendapat orang yang lebih tua yang soleh serta beriman
dalam membantu kita membuat sesuatu keputusan agar kita tidak menyesal
dikemudian hari. Kematangan bukan untuk ditunggu, tapi harus dikejar. WaAllahua’lam.
0 komen budak cute:
Post a Comment