Syaurah Ashikin! »

Sunday 22 April 2012

Kamu Yang Pertama



4 Spa
16 April 2012 tak akan aku lupakan SMK Dato’ Hj Kamaruddin, kelas 4 spa. First time mengajar pelajar sekolah, selama ni duk mengajar kawan-kawan dalam kelas. Macam-macam perasaan ada (takut, tak yakin, teruja) & macam-macam persoalan muncul....mampukah aku nak jadi seorang cikgu?boleh ke aku nak mengajar?Sedangkan ilmu aku tak cukup ag...tapi aku kuatkan semangat, walau apa pun, aku mesti buat yang terbaik....

Sewaktu mengajar, mula-mula tu berdebar-debar gak la. Macam-macam kerenah budak-budak ni...tp kebanyakkan pelajar bagi kerjasama dan respon yang baik. Time mengajar dengan xsengaja aku  tersalah bagi fakta, ada student yang perasaan and perbetulkan..time ksh kpd student tersebut. Biasa la cikgu pun manusia biasa,xkan terlepas dari buat salah.. Sorry ye.

3 jejaka yang suka duk kat belakang...Yoga!
sebelum kelas bermula
Selepas lebih kurang 40 minit aku mengajar, penatnya...baru la aku tahu bukan senang nak jadi cikgu coz nak bagi orang faham apa yang kita ajar tu susah, kena pastikan maklumat yang kita bagi 2 tepat, jgn kita ajar ajaran sesat plak..Dulu time sekolah duk mengata cikgu, cikgu xpandai ajar la,  boring la pah2 duk borak2 kat blkg xpn tido....haa sekarang baru aku tahu susahnya nak jd cikgu. TQ semua warga SMK Dato’ Hj Kamaruddin, KKB. Kerjasama anda amat saya hargai.



Bersiap sedia nak tangkap gambar


Tamat kelas kimia untuk hari ini




Tekun membaca


Last but not least, jutaan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang dah susah payah mengajar aku terutamanya cikgu PASTI Kg. Laut, Sek.Keb. Sg. Pinang, Maahad Muhammadi Tumpat, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan and UPSI. Tanpa mereka, mungkin aku tak kan sampai ke tahap ni.

0 komen budak cute:

Post a Comment