“Mampukah
aku untuk menjadi seorang pendidik?”.
Bagi aku tanggungjawab seorang pendidik bukan mudah untuk digalas, diri sendiri masih banyak kekurangan, macam tak layak je untuk jadi pendidik. Tetapi sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Mengetahui.
Allah telah berfirman dalam yang
bermaksud:
“Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...”.
(Surah al-Baqarah:286)
Oleh sebab itu, aku harus yakin pada
diri sendiri yang aku mampu dan jangan sesekali putus asa untuk menjadi seorang
pendidik. Seperti mana yang kita ketahui mulianya menjadi pendidik dan besarnya
ganjaran bagi orang-orang yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat bukan sahaja
di dunia bahkan di akhirat sana.
![]() |
Praktikum |
Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali
tiga perkara iaitu: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh”
(HR. Muslim)
Allah s.w.t berfirman:
“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik”. (Surah
an-Nahl: 125).
Dan Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bahwasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat
kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya”.
Kisah Imam Syafie & Gurunya
Aku
pernah terbaca tentang kisah iman Syafie yang sangat menghormati gurunya dimana
suatu hari ketika beliau memberi kuliah kepada pelajar-pelajarnya, masuklah
seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali lantas beliau berhenti
daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat.
Selesai
sahaja memberi kuliah, anak-anak muridnya yang tergaman melihat perlakuan Iman
Syafie bertanya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut. Maka
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu
ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara
menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang
badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Tambah
Imam Shafie, "Pada suatu hari ketika aku menulis kitab fekah , aku
mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakah nak mengenali dan membezakan di
antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku
fikir tentu badwi tahu kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal
kambing-kambingnya.Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk
tadi.
Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah
kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak
mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat
menyiapkan kitabku itu." Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu
kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya
guru.
0 komen budak cute:
Post a Comment