Alhamdulillah pada 13.12.13 saya sah menjadi isteri kepada En. Suami... Back to main topic, DIY Veil nikah?
Mula-mula tu saya ingat nak sewa or beli jer veil nikah tapi susah nak dapat
yang labuh. Then bajet pun tak banyak. So tanpa segan silu saya start google
dan intai blog b2b macam mana nak buat veil, material apa yang sesuai dll.
Disebabkan tarikh nikah dah nak hampir, risau gak kot-kot tak dapat buat,
apa-apa pun cuba dulu. InsyaAllah boleh...
Antara material yang saya gunakan:
:: Kain
Chiffon
Untuk veil, saya guna kain Chiffon yang saya
beli kat Nagoya. Harga murah sangat, Rm 2.50/meter. Kain ni bidang 45, untuk
veil ni saya guna 1.5 meter je. Tapi saya beli 3 meter, yang selebihnya saya
gunakan untuk buat tudung nikah. Guna fabric yang sama untuk buat tudung and
veil, comel sangat. Warna pilihan saya light cream.
:: Border
lace
Saya guna border lace yang murah jer, Rm 4.50
semeter. Untuk veil ni saya gunakan 1 meter jer. Saya gunakan lace ni untuk
bahagian tengah-tengah veil, kat atas kepala. So, kita tak perlu guna banyak
lace, jimat kan. Warna lace yang saya gunakan light yellow, menyerlah gitu,
cari yang light cream tak ada yang murah,hehe. Saya lupa pulak nama kedai
tempat saya beli lace ni.
:: Pearl/
Beads
Pear and bead yang saya guna saya beli kat
kedai Cinta time sale. Murah jer, harga dalam Rm1.90 – Rm 2.00. Saya tak suka
banyak-banyak warna. Saya beli yang warna light cream and light yellow.
:: Gunting,
Benang, Jarum & Gam Kain
Gunting, jarum dan benang haruslah ada untuk
menjahit. Pilih warna benang yang sesuai dengan warna veil. Untuk gam pulak,
saya guna gam Uhu jer.
Ni antara material yang diperlukan untuk buat veil nikah saya |
Langkah untuk buat Veil:
:: Mula-mula sekali potong kain chiffon
mengikut bentuk veil pilihan hati, saya pilih yang bentuk D (halfmoon) macam
dalam gambar ni.
lipat dua kain chiffon tadi bagi mendapat bentuk D yang selari |
Bentuk penuh veil, ala-ala bentuk D gitu |
:: Kemudian saya hantar kedai jahit tepi,
kosnya dalam Rm 3.00. Tak de la mahal sangat kan??
:: Lepas tu, border lace yang straigh tu saya
potong kepada beberapa bahagian untuk jadikan bentuk V macam dalam gambar. Saya
letak lace ni kat veil, bahagian atas kepala.
Susun atur lace pada veil |
:: Tapi sebelum saya tampal lace tu, saya
jahit pearls and beads lu pada lace. Lace yang saya beli simple sangat, letak
beads and pearls, nampak cam mahal jer. Cun gitu.
:: Dah ciap jahit manik pada lace, boleh la
tampal lace tu kat veil guna gam uhu. Biarkan gam kering and make sure lace
lekat betul-betul.
Lace yang dijahit pearl & beads dan telah ditampal pada veil |
:: Takkan nak biarkan kosong jer kat tepi
veil. So saya jahit la pearl selang dengan beads bagi nampak menarik and tak de
la nampak simple sangat.
:: Siap sudah. Sorry tak de gambar full veil
yang dah ciap tapi ada gambar veil ni saya pakai time nikah. Jimat dan simple
tapi cantik. Kan3???huhu..
Gambar Nikah Syaurah |
Ni plak gambar bunga tangan untuk majlis
nikah, simple jer kan. Last minute buat, ok la daripada tak de kan..
Hand bouquet Syaurah |
...Sharing Is Caring...