Memaafkan dan memberi maaf
adalah satu perbuatan yang dipandang mulia. Adakalanya kita merasakan begitu
sukar untuk memaafkan orang yang pernah melakukan kesilapan terhadap kita. Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. merupakan sebaik-baik contoh ikutan bagi seluruh umat
manusia. Di mana Rasulullah s.a.w amat suka memaafkan orang lain. Baginda
sentiasa memaafkan mereka yang membuat kesalahan yang bertindak melampau dan
berlaku kejam walaupun baginda berkuasa untuk menuntut balas.
Antara kelebihan memberi
maaf adalah:-
- Pahala yang diberi oleh Allah tidak terhingga.
“Dan
(jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang
bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang)
dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan
diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berlaku zalim.” (As-Syura:
40)
- Allah kurniakan ketenangan dan kedamaian.
- Allah kurniakan kesihatan yang baik.
Kata-kata
Hukamak: “..ingat dua perkara dan lupakan dua perkara iaitu ingat keburukkan
kita pada orang lain dan ingat kebaikkan orang lain kepada kita, lupakan keburukkan
orang lain terhadap kita dan lupakan kebaikkan kita terhadap orang lain.’’
SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF
ZAHIR & BATIN