Milky Cookies |
Biskut Bersusu |
Bahan-bahan:
- 150 g Butter Cup
- 45 g gula kastord
- 1 biji telur
- 275 g gandum
- 50 g tepung jagung
- 50 g susu tepung
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
- Pukul butter cup sehingga menjadi krim. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit.
- Seterusnya, masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sehingga sebati.
- Setelah itu masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung, tepung gandum, serbuk penaik dan susu tepung yang telah diayak bersama. Kacau sehingga menjadi doh.
- Doh yang telah dihasilkan di simpan didalam peti sejuk selama 1 jam.
- Kemudian bentukkan doh menjadi bentuk bulat dan tekan dengan menggunakan garfu. (boleh dibentuk mengikut kreativiti masing-masing).
- Bakar pada suhu 180oC selama 10 minit.
..... Sharing Is Caring .....