Syaurah Ashikin! »

Sunday, 15 June 2014

Air Asam

Air Asam
Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar pes asam jawa  
  • 5 biji cili merah (dihiris nipis)
  • 3 biji cili padi (ditumbuk kasar) 
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • Sedikit belacan (dibakar) 
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 cawan air


Cara-caranya:

  1. Bancuh pes asam jawa dengan sedikit air sehingga sederhana pekat. Asingkan biji dan airnya menggunakan penapis.  
  2. Masukkan belacan, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semuanya larut dan rata.  
  3. Kemudian masukkan bahan lain (tomato, bawang besar, cili padi, cili merah). Gaul sebati.  
  4. Hidangkan bersama ikan cencaru sumbat tadi.



..... Sharing Is Caring .....

Friday, 6 June 2014

Roti Bersalut Telur

Roti Bersalut Telur

Bahan-bahan:
  • 3-5 keping roti
  • 2 biji telur 
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak masak

 
Cara-caranya: 
  1. Potong roti mengikut citarasa masing-masing.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  3. Kemudian celupkan roti kedalam telur yang telah diikacau bersama sedikit garam dan gula.
  4. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat. Taburkan sedikit gula pada roti tersebut.


..... Sharing Is Caring .....

Sunday, 1 June 2014

Begedil Daging

Bergedil Daging

Bahan-bahan:
  • 3 biji kentang (kupas, rebus/goreng)
  • 2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 250 g daing cincang
  • Daun sup (dipotong nipis)
  • 2 biji telur 
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak masak

 
Cara-caranya: 
  1. Lenyekkan kentang yang direbus tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan daging cincang. Kemudian tambah bawang putih dan bawang besar. Tumis selama lebih kurang 5 minit.
  3. Satukan campuran daging cincang tadi bersama kentang lenyek. Tambahkan daun sup, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati semua bahan (jika adunan lembik, tambahkan sedikit gandum).
  4. Bentukkan aduanan bulat2 dan leperkan. Buat sehingga habis adunan.
  5. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  6. Celupkan begedil dalam telur dan masukkan dalam kuali. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat.



..... Sharing Is Caring .....

Friday, 30 May 2014

Cencaru Masak Cili Masam Manis

Cencaru Masak Cili Masam Manis

Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru (belah belakang)

Bahan A
  • Sedikit garam halus
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  Bahan B
  • 2 sudu besar cili kisar/cili boh
  • 5 biji cili merah (ditumbuk kasar/hiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (dipotong nipis)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (potong dadu) 
  • 1/2 inci belacan (dibakar)
  • 1 sudu kecil jus limau nipis
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • Sedikit daun sup (dihiris nipis)
  • 1 biji mangga kampung (dibuang kulit & cincang isinya)
  • Gula & garam secukup rasa 
  • Sedikit air 
  • Minyak 


Cara-caranya:

  1. Perap seketika ikan bersama bahan A. Kemudian goreng sehingga agak garing dan angkat. Ketepikan.
  2. Tumiskan cili boh bersama sedikit minyak sehingga pecah minyak. Kemudian tambahkan bahan lain iaitu  cili merah, tomato, belacan, jus limau nipis, air asam jawa dan mangga muda. Kacau sehingga semua bahan sebati lebihkurang 3-5 minit.
  3. Jika inginkan lebih kuah, tambahkan sedikit air. Perasakan dengan gula dan garam.
  4. Akhir sekali masukkan bawang besar, daun sup dan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau sebati. Sedia untuk dihidangkan.


..... Sharing Is Caring .....

Tuesday, 27 May 2014

Bubur Nasi Ayam

Bubur Nasi Ayam

Bahan-bahan:
  • 1 cawan beras (dibilas bersih)
  • Air secukupnya
Bahan A:

  • 200g isi ayam (dicincang kasar)
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dipotong dadu) / mix vege
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • Garam & gula secukup rasa
  
Bahan B:
  • 3 cili merah (dihiris nipis)
  • Daun sup (dihiris nipis)
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  •  Segengam ikan bilis (goreng)
  • 2 biji telur (digoreng hancur)
  • Bawang goreng 


 
Cara-caranya: 
  1. Masak beras seperti biasa tetapi pastikan menggunkan air lebih dari kadar biasa dalam anggaran 2-4 cawan.
  2. Apabila air mendidih, tambahkan bahan A. Kacau sebati sehingga beras tersebut  kembang dan lembik (kelihatan seperti dalam gambar di atas). 
  3. Siap. Hidangkan bersama bahan B.



..... Sharing Is Caring .....



Monday, 26 May 2014

Udang Masak Lemak Kuning

Udang Masak Lemak Kuning


Bahan-bahan:
  • 15 ekor udang (saiz sederhana)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 1 sudu besar cili boh/cili kering (dikisar)
  • 3 biji cili padi/cili merah
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 asam keping 
  • Air
  • Garam & gula secukup rasa

 
Cara-caranya: 
  1. Masukkan santan, bahan kisar dan sedikit air. Masak sehingga mendidih (kacau sentiasa bagi mengelak kuah berketul, jika suka tapis bahan kisar).
  2. Kemudian masukkan cili, asam keping dan udang. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Boleh dihidangkan.


..... Sharing Is Caring .....

Saturday, 24 May 2014

Ayam Masak Sos Tiram

Ayam Masak Sos Tiram


Bahan-bahan:
  • 300g ayam (potong kecil)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1/2 inci halia (dihiris nipis)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 3 biji cili hijau
  • Air
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak.

Cara-caranya:
  1. Perapkan ayam dengan sedikit gara dan sos tiram selamat 15 minit. Kemudian goreng ayam selama 3-5 minit.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama dalam anggaran 1 sudu, tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga sedikit garing.
  3. Masukkan sos tiram, kicap, kiub pati ayam, cili hijau dan sedikit air. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kacau. Hidangkan.



..... Sharing Is Caring .....


 

Friday, 23 May 2014

Tanda Si Comel Bersedia Untuk Dilahirkan


Si Comel


Dengan mengenali tanda-tanda kelahiran ini, anda akan mengetahui waktu yang tepat untuk pergi ke hospital atau klinik bersalin dan membuat persediaan yang rapi apabila mendapati tanda tersebut sudah ada pada anda. Walaupun proses kelahiran berbeza-beza bagi setiap wanita tetapi tanda-tanda hendak bersalin adalah sama. Antara tanda-tanda si comel bersedia untuk dilahirkan adalah:

Lendir bercampur darah


Pengeluaran lender bercampur darah. Ia terjadi disebabkan sumbatan yang tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir yang berwarna kemerah-merahan kerana bercampur dengan darah. Anda harus hubungi doktor anda apabila pendarahan berlaku terlampau banyak



Air ketuban pecah


Kantung ketuban yang mengelilingi bayi pecah sehingga menyebabkan air ketuban terkeluar (air ketuban ialah cecair yang bersih, jernih dan tidak berbau). Apabila waktu bersalin semakin hampir, dalam perjalanan ke hospital nanti gunakan tuala Wanita supaya dapat menyerap cecair ketuban anda.

Kontraksi yang teratur

Kontraksi yang dirasai anda pada kali ini tidak seperti kontraksi braxton hicks, di mana ia timbul secara teratur. Pada permulaanya, kontraksi anda hanya sebentar dan lama kelamaan menjadi bertambah lama dan bertambah kuat. Rasa sakit tidak hilang. Jadi, jika kontraksi anda sudah berlaku pada setiap 5 minit sekali atau anda berasa sangat sakit, barulah anda pergi ke hospital. Jangan lupa pula bawab arang-barang yang sudah anda siapkan.

Kontraksi Braxton hicks ialahkontraksi yang tidak sakit dan menandakan badan anda sedang menyediakan diri untuk kelahiran. Kemutan yang dirasai merupakan sakit yang tidak kuat, tidak teratur dan akan hilang apabila anda duduk atau sedang berehat.



Sumber Info: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel





..... Sharing Is Caring .....



Thursday, 22 May 2014

Sotong Goreng Kunyit Bersama Kacang Buncis

Sotong Goreng Kunyit Bersama Kacang Buncis



Bahan-bahan:

  • 6 ekor sotong (dipotong,saiz sederhana)
  • 10 batang kacang buncis (dipotong serong)
  • 1cm kunyit hidup (ditumbuk)
  • 1cm halia (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 biji cili api (ditumbuk)
  • 1 biji bawang besar (dimayang kasar)
  • 1 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk cili
  • Garam & gula secukup rasa



Cara-caranya:

  1. Perapkan sotong dengan seddikit serbuk kunyit, serbuk cili dan garam selama 20 minit.
  2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan. Tambahkan daun limau purut, sos tiram dan sedikit air (untuk yang suka berkuah).
  3. Kemudian masukkan sotong, kacang buncis dan bawang besar. Kacau seketika lalu tambahkan gula dan garam secukup rasa.


..... Sharing Is Caring .....