Syaurah Ashikin! »
Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Saturday, 18 May 2013

SEMESTER AKHIR

Alhamdulillah.... (^_^)


“Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani”.


Wednesday, 20 March 2013

Kimia Koordinatan & Syaurah

InOrganic Chemistry

“Sayangilah seseorang seadanya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi orang yang engkau benci dan bencilah seseorang seadanya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi orang yang engkau sayangi.” – Saidina Ali.

InsyaAllah suatu hari nanti kamu akan suka subjek InOrganic Chemistry... Ye, kamu la Syaurah Ashikin (^_^)...So, xmau benci-benci, study rajin-rajin...Sambil-sambil study dengar lagu ni Kasih PadaMu, Hafiz Hamidun yang nyanyi, best...Saya suka, saya suka,hehehe...








"..........usaha, doa dan tawakal..........."

Tuesday, 5 March 2013

Pada suatu Amali (Full Movie) 2013

Kesan Sentuhan Logam Lain Terhadap Pengaratan Fe

Video ini adalah tentang suatu peristiwa yang boleh dikategorikan sebagai fonomena yang luar biasa dan jarang berlaku ,hehehe...Percayakah anda??? Cerita ini ini mengisahkan peristiwa yang berlaku pada suatu amali. Ingin tahu kisah selanjutnya???Tonton la video ni sampai ke akhir, semoga memberi manfaat pada kita semua, InshaAllah......

Pelakon utamanya adalah Miss syaurah yang merupakan salah seorang mahasiswi tahun akhir salah sebuah universiti pendidikan di Malaysia. Unversiti pendidikan mana ye??? Haruslah UPSI dihati...Turut dibantu oleh tabung uji, rak tabung uji, kertas pasir, bikar (200 ml), rod kaca, spatula, pemanas, corong turas, Paku besi , pita magnesium, kerajang kuprum, zink, stanum, larutan agar-agar yang telah dicampur dengan larutan kalium heksasianoferat (III),K3Fe(CN)6, fenolftalein. Pelakon-pelakon pembantu ni diperolehi dari agensi  pelakon tambahan Johana Lab. Video ini tidak akan wujud tanpa jurukamera yang berpengalaman iaitu Miss D dan editornya Miss Syaurah sendiri, (save bajet,hehehe).




Classification: P13
Genre: Action / Crime
General Release Date: 27 Feb 2013
Running Time: 4 Minutes 11 Seconds
Distributor: -
Cast: Miss Syaurah
Director: Syaurah Ashikin


"I LOVE EXPERIMENT,
SHARING IS CARING"

Chapter 7 Acid & Bases

7.1 : ACID AND BASE



Chapter 7 Acid & Bases part 1 from Syaurah Ashikin



7.2 STRENGHT OF ACID AND ALKALI



Chapter 7 Acid & Bases part 2 from Syaurah Ashikin



7.3 CONCENTRATION OF ACID AND ALKALI





Monday, 4 March 2013

Thursday, 21 June 2012

Pendidik

“Mampukah aku untuk menjadi seorang pendidik?”.

Bagi aku tanggungjawab seorang pendidik bukan mudah untuk digalas, diri sendiri masih banyak kekurangan, macam tak layak je untuk jadi  pendidik. Tetapi sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Mengetahui.

Allah telah berfirman dalam yang bermaksud:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...”.
(Surah al-Baqarah:286)

Oleh sebab itu, aku harus yakin pada diri sendiri yang aku mampu dan jangan sesekali putus asa untuk menjadi seorang pendidik. Seperti mana yang kita ketahui mulianya menjadi pendidik dan besarnya ganjaran bagi orang-orang yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat sana. 

Praktikum

Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh” (HR. Muslim)

Allah s.w.t  berfirman:
“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik”. (Surah an-Nahl: 125).


Dan Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Bahwasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya”.

Kisah Imam Syafie & Gurunya

Aku pernah terbaca tentang kisah iman Syafie yang sangat menghormati gurunya dimana suatu hari ketika beliau memberi kuliah kepada pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali lantas beliau berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. 

Monday, 5 March 2012

SYARAT SAH SOLAT

  1. Mengetahui masuk waktu. 
  2. Mengadap kiblat. 
  3. Menutup aurat.
  4.  Mengetahui (kaifiyat)  cara bersolat (Berilmu – sunat & wajib). 
  5. Suci dari hadas. 
  6. Bersih dari segi tubuh, tempat dan pakaian daripada najis. 
  7. Tidak bercakap (selain bacaan ayat al-Quran). 
  8. Jangan melebihkan perbuatan rukun.
  9. Jangan membuat perkara yang membatalkan puasa.
  10. .............
-Dipetik dari 30 minit Ustaz Don -

Thursday, 2 February 2012

Doa' Pilihan

Mengadulah padaNya


Doa Supaya Mudah Membayar Hutang Dan Mendapat Hajat.
Ya Allah! Janganlah Engkau tinggalkan bagi kami dosa melainkan Engkau ampunkan dan tiada dukacita melainkan Engkau lepaskan dan tiada HUTANG melainkan Engkau tunaikan wahai Tuhan yang Maha mengetahui.

Doa Untuk Mendapatkan Segala Kebaikkan, Rezeki Dan Keselamatan Hidup.
Ya Allah! Bukakanlah bagi kami pintu-pintu KEBAIKAN, pintu KEBERKATAN, pintu NIKMAT, pintu REZEKI, pintu KEKUATAN, pintu KESIHATAN, pintu KESELAMATAN dan pintu-pintu SYURGA.

Doa Memohon Keluasan Ilmu, Akhlak Mulia, Ketaqwaan Dan Kesihatan Seisi Keluarga.
Ya Allah! Kayakanlah kami dengan ILMU PENGETAHUAN, hiasilah kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan TAQWA dan cantikkanlah diri kami dengan KESIHATAN.

Doa Untuk Kebahagian Seisi Keluarga Dan Keturunan.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan kami dan zuriat keturunan kami penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa.

Doa Penawar Serta Pedinding Diri Dan Keluarga.
Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang menyelamatkan, dengan nama Allah yang menyempurnakan, dengan nama Allah Tuhan empunya langit dan bumi, dengan nama Allah yang dengan namaNya akan terhalang segala sesuatu di bumi dan di langit untuk menimpakan bencana dan Dia Maha mendengar dan Maha mengetahui.

Sunday, 1 January 2012