Syaurah Ashikin! »

Monday, 30 April 2012

Jual Mahal Itu Satu Keperluan


“Jangan jual mahal, nanti tak laku...!!!” Itu lah frasa yang selalu disebut-sebut. Jual mahal bukan bermakna seseorang perempuan menolak lelaki tersebut mentah-mentah. Tetapi ini sebagai langkah berjaga-jaga dan sebenarnya dia dalam usaha untuk menapis lelaki mana yang betul-betul ingin serius dengannya atau hanya berniat untuk main-main.

Jodoh itu rahsia Allah
Saya berpendapat ianya semudah, “Kalau ingin berkenalan, silalah ke rumah bertemu dengan papa saya.” Saya ucapkan tahniah kalau selepas kamu berkata begitu, lelaki itu langsung tidak menghubungi anda, sebab nampak sangat dia tidak berniat ikhlas terhadap kamu. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah akan memberikan anda lelaki yang lebih baik daripada itu dan dia bukan jodoh kamu walaupun dalam hati kamu dah ada sekuntum bunga. Sekurang-kurangnya, ia belum menjadi setaman...

Wednesday, 25 April 2012

Aku Adalah Aku - Menjadi Diriku

Ingat...!!!

Setiap orang akan diuji...
Persoalannya bagaimanakah kita menempuhi ujian itu,
berjaya atau gagal...?


...... Sharing Is Caring .....















Sunday, 22 April 2012

Kamu Yang Pertama



4 Spa
16 April 2012 tak akan aku lupakan SMK Dato’ Hj Kamaruddin, kelas 4 spa. First time mengajar pelajar sekolah, selama ni duk mengajar kawan-kawan dalam kelas. Macam-macam perasaan ada (takut, tak yakin, teruja) & macam-macam persoalan muncul....mampukah aku nak jadi seorang cikgu?boleh ke aku nak mengajar?Sedangkan ilmu aku tak cukup ag...tapi aku kuatkan semangat, walau apa pun, aku mesti buat yang terbaik....

Monday, 5 March 2012

SYARAT SAH SOLAT

  1. Mengetahui masuk waktu. 
  2. Mengadap kiblat. 
  3. Menutup aurat.
  4.  Mengetahui (kaifiyat)  cara bersolat (Berilmu – sunat & wajib). 
  5. Suci dari hadas. 
  6. Bersih dari segi tubuh, tempat dan pakaian daripada najis. 
  7. Tidak bercakap (selain bacaan ayat al-Quran). 
  8. Jangan melebihkan perbuatan rukun.
  9. Jangan membuat perkara yang membatalkan puasa.
  10. .............
-Dipetik dari 30 minit Ustaz Don -

Thursday, 2 February 2012

Doa' Pilihan

Mengadulah padaNya


Doa Supaya Mudah Membayar Hutang Dan Mendapat Hajat.
Ya Allah! Janganlah Engkau tinggalkan bagi kami dosa melainkan Engkau ampunkan dan tiada dukacita melainkan Engkau lepaskan dan tiada HUTANG melainkan Engkau tunaikan wahai Tuhan yang Maha mengetahui.

Doa Untuk Mendapatkan Segala Kebaikkan, Rezeki Dan Keselamatan Hidup.
Ya Allah! Bukakanlah bagi kami pintu-pintu KEBAIKAN, pintu KEBERKATAN, pintu NIKMAT, pintu REZEKI, pintu KEKUATAN, pintu KESIHATAN, pintu KESELAMATAN dan pintu-pintu SYURGA.

Doa Memohon Keluasan Ilmu, Akhlak Mulia, Ketaqwaan Dan Kesihatan Seisi Keluarga.
Ya Allah! Kayakanlah kami dengan ILMU PENGETAHUAN, hiasilah kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan TAQWA dan cantikkanlah diri kami dengan KESIHATAN.

Doa Untuk Kebahagian Seisi Keluarga Dan Keturunan.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan kami dan zuriat keturunan kami penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa.

Doa Penawar Serta Pedinding Diri Dan Keluarga.
Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang menyelamatkan, dengan nama Allah yang menyempurnakan, dengan nama Allah Tuhan empunya langit dan bumi, dengan nama Allah yang dengan namaNya akan terhalang segala sesuatu di bumi dan di langit untuk menimpakan bencana dan Dia Maha mendengar dan Maha mengetahui.

Tuesday, 17 January 2012

Milky Syaurah Cookies

Milky Cookies
Biskut Bersusu


Bahan-bahan:

  • 150 g Butter Cup
  • 45 g gula kastord
  • 1 biji telur
  • 275 g gandum
  • 50 g tepung jagung
  • 50 g susu tepung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara:

  1. Pukul  butter cup sehingga menjadi krim. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit.
  2. Seterusnya, masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sehingga sebati.
  3. Setelah itu masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung, tepung gandum, serbuk penaik dan susu tepung yang telah diayak bersama. Kacau sehingga menjadi doh.
  4. Doh yang telah dihasilkan di simpan didalam peti sejuk selama 1 jam.
  5. Kemudian bentukkan doh menjadi bentuk bulat dan tekan dengan menggunakan garfu. (boleh dibentuk mengikut kreativiti masing-masing).
  6. Bakar pada suhu 180oC selama 10 minit.



..... Sharing Is Caring .....


Monday, 2 January 2012

mAlas beLaJar....???

Ilmu pelita hidup

Sunday, 1 January 2012