Syaurah Ashikin! »

Thursday, 21 February 2013

Doa Seorang Kekasih - InTeam



Jodoh itu rahsia Allah

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku,titipkanlah kebahagiaan. Ya Allah, ku mohon apa yang telah Kau takdirkan. Ku harap dia adalah yang terbaik buatku.

Kerana Engkau tahu segala isi hatiku, pelihara daku dari kemurkaanMu. Ya Tuhanku yang Maha Pemurah beri kekuatan jua harapan membina diri yang lesu tak bermaya. Semaikan setulus kasih di jiwa ku pasrah kepadaMu

Kurniakanlah aku pasangan yang beriman, bisa menemani aku supaya ku dan dia dapat melayar bahtera ke muara cinta yang Engkau redhai.

Ya Tuhanku yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku. Dengarkan rintihan hambaMu ini, jangan Engkau biarkan ku sendiri. Agarku bisa bahagia walau tanpa bersamanya. Gantikanlah yang hilang, tumbuhkan yang telah patah. Ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat. PadaMu Tuhan ku mohon segala.


Tuesday, 19 February 2013

Senyum Itu Sedekah

Everyone smiles in the same language...

Setiap Takdir Ada Hikmahnya

Takdir vs. Hikmah

Saturday, 15 September 2012

Gulai Ikan Tongkol

Gulai Ikan Tongkol




Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol (dipotong, rebus bersama sedikit garam kasar & asam keping. Lagi sedap kalau dibiarkan semalaman)
  • 1 pek rempah kari ikan ADABI
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil repah kurma
  • Santan (1 kotak)
  • 1 keping asam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak
  • Air


Bahan kisar:
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas

Sayur-sayuran:
  • Bendi
  • Cili merah
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Terung


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar serta asam keping hingga kekuningan.
  2. Kemudian  masukkan rempah kari, serbuk kunyit dan rempah kurma yang dicampur sedikit air hingga menjadi pes. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan ikan, biarkan seketika dan tambahkan air serta santan. Setelah itu kacau hingga mendidih dan masukkan sayur-sayuran.
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Then, boleh dihidangkan bersama nasi putih.




..... Sharing Is Caring .....


Saturday, 18 August 2012

Bermaafan Di Aidilfitri



Memaafkan dan memberi maaf adalah satu perbuatan yang dipandang mulia. Adakalanya kita merasakan begitu sukar untuk memaafkan orang yang pernah melakukan kesilapan terhadap kita. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. merupakan sebaik-baik contoh ikutan bagi seluruh umat manusia. Di mana Rasulullah s.a.w amat suka memaafkan orang lain. Baginda sentiasa memaafkan mereka yang membuat kesalahan yang bertindak melampau dan berlaku kejam walaupun baginda berkuasa untuk menuntut balas.

Antara kelebihan memberi maaf adalah:-
  •   Pahala yang diberi oleh Allah tidak terhingga.


“Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.” (As-Syura: 40)
  •  Allah kurniakan ketenangan dan kedamaian.
  • Allah kurniakan kesihatan yang baik.


Kata-kata Hukamak: “..ingat dua perkara dan lupakan dua perkara iaitu ingat keburukkan kita pada orang lain dan ingat kebaikkan orang lain kepada kita, lupakan keburukkan orang lain terhadap kita dan lupakan kebaikkan kita terhadap orang lain.’’



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Thursday, 21 June 2012

Pendidik

“Mampukah aku untuk menjadi seorang pendidik?”.

Bagi aku tanggungjawab seorang pendidik bukan mudah untuk digalas, diri sendiri masih banyak kekurangan, macam tak layak je untuk jadi  pendidik. Tetapi sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Mengetahui.

Allah telah berfirman dalam yang bermaksud:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...”.
(Surah al-Baqarah:286)

Oleh sebab itu, aku harus yakin pada diri sendiri yang aku mampu dan jangan sesekali putus asa untuk menjadi seorang pendidik. Seperti mana yang kita ketahui mulianya menjadi pendidik dan besarnya ganjaran bagi orang-orang yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat sana. 

Praktikum

Rasulullah s.a.w telah bersabda :
Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh” (HR. Muslim)

Allah s.w.t  berfirman:
“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik”. (Surah an-Nahl: 125).


Dan Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Bahwasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya”.

Kisah Imam Syafie & Gurunya

Aku pernah terbaca tentang kisah iman Syafie yang sangat menghormati gurunya dimana suatu hari ketika beliau memberi kuliah kepada pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali lantas beliau berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. 

Friday, 18 May 2012

Mahar





"Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: 'Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.'" 

(Hadis riwayat Al-Baihaqi)


Sunday, 6 May 2012

Matangkah kita...???

Apakah yang dimaksudkan dengan matang? Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka kematangan merujuk kepada manusia ia menggambarkan insan yang sudah mencapai kesempurnaan fikiran. Bagi saya lebih mudah untuk menentukan kematangan pada buah-buahan dan haiwan tapi tidak pada manusia. Sebagai contoh kematangan pada buah-buahan, buah pisang berangan biasanya mencapai tahap kematangan optimun selepas 11-13 minggu dari mula terbuka jantung atau ia mula mengeluarkan bunga manakala matang apbila merujuk kepada binatang, lembu yang sudah sampai umurnya iaitu dua hingga tiga tahun akan disembelih bagi tujuan korban dan sebagainya tapi manusia tiada had umur tertentu yang menunjukkan tahap kematangan mereka.

Wednesday, 2 May 2012

EXPL0race


1 Mei 2012 bersamaan hari pekerja, kami terdiri daripada seramai lima orang pelajar ISMP Kimia UPSI telah memulakan perjalanan tepat jam 9.15 pagi dengan menaiki sebuah kereta yang disewa khas menuju ke lima check point iaitu:

·         SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya.
·         SMK Rantau Panjang, Batang Berjuntai.
·         SMK Sg. Burong, Tg. Karang.
·         SMK Dato’ Mustaffa, Sekinchan.
·         SMKA Simpang Lima, Sg. Besar.

Kami telah berjaya menjejaki kelima-lima destinasi dengan bantuan Google Map dan penduduk sekitar. Perjalanan ke destinasi pertama mengambil masa hampir sejam melalui jalan yang agak mencabar dan jarak destinasi yang kedua dengan destinasi pertama mengambil masa lebih kurang 15 minit. Seterusnya kami menuju ke destinasi yang ke tiga dimana ianya mengambil masa hampir setengah jam. Destinasi ni terletak di dalam sebuah kampung yang aman damai.

Tiba-tiba perut kami terasa lapar sangat. Tiba di ‘bandar’ Sekinchan, kami pusing-pusing tempat tersebut untuk  mencari kedai makan tapi malangnya kebanyakkan kedai makan dikawasan itu dimiliki oleh orang bukan islam, kecewa seketika. Alhamdulillah akhirnya kami dengan tidak sengaja terjumpa kedai mamak, dengan sopan santunya kami mengambil nasi dan lauk-lauk yang menepati citarasa kami untuk dinikmati. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke destinasi ke empat yang terletak berhampiran ‘bandar’Sekinchan dan berdekatan dengan laut. Tanpa segan silu, kami berposing  dijeti berhampiran.


Payung Ooo Payung