"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami
sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu.
Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya" (Ali 'Imran:8)
“Sayangilah seseorang seadanya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi orang yang engkau benci dan bencilah seseorang seadanya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi orang yang engkau sayangi.” – Saidina Ali.
InsyaAllah suatu hari nanti kamu akan suka subjek InOrganic Chemistry... Ye, kamu la Syaurah Ashikin (^_^)...So, xmau benci-benci, study rajin-rajin...Sambil-sambil study dengar lagu ni Kasih PadaMu, Hafiz Hamidun yang nyanyi, best...Saya suka, saya suka,hehehe...
Video ini adalah tentang suatu peristiwa yang boleh dikategorikan sebagai fonomena yang luar biasa dan jarang berlaku,hehehe...Percayakah anda??? Cerita ini ini mengisahkan peristiwa yang berlaku pada suatu amali. Ingin tahu kisah selanjutnya???Tonton la video ni sampai ke akhir, semoga memberi manfaat pada kita semua, InshaAllah......
Pelakon utamanya adalah Miss syaurah yang merupakan salah seorang mahasiswi tahun akhir salah sebuah universiti pendidikan di Malaysia. Unversiti pendidikan mana ye??? Haruslah UPSI dihati...Turut dibantu oleh tabung uji, rak tabung uji, kertas pasir, bikar (200 ml), rod kaca, spatula, pemanas, corong turas, Paku besi , pita magnesium, kerajang kuprum, zink, stanum, larutan agar-agar yang telah dicampur dengan larutan kalium heksasianoferat (III),K3Fe(CN)6, fenolftalein. Pelakon-pelakon pembantu ni diperolehi dari agensi pelakon tambahan Johana Lab. Video ini tidak akan wujud tanpa jurukamera yang berpengalaman iaitu Miss Ddan editornya Miss Syaurah sendiri, (save bajet,hehehe).
Classification: P13 Genre: Action / Crime General Release Date: 27 Feb 2013 Running Time: 4 Minutes 11 Seconds Distributor: - Cast: Miss Syaurah Director: Syaurah Ashikin
Alhamdulillah, akhirnya siap jugak
tugasan pertama untuk semester lapan..."
MyTugasan
Firman Allah s.w.t: : “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah, Ayat 286)
Ya Allah, kurniakanlah kami kecintaan,
keinginan dan kecenderungan
untuk belajar dengan penuh semangat dan
dedikasi untuk mencapai kecemerlangan
sepanjang hari ini. Jadikanlah permulaan
hari ini kebaikan untuk kami, pertengahannya keberkatan dan kesudahannya
keampunan dariMu.
Ya Allah, jadikanlah hari ini lebih baik
dari semalam dan jadikanlah
Hanya Insan biasa yang masih berusaha untuk menjadi insan yang lagi baik dari sebelum ni..."Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
“Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia, jika ia ada dibumi, keluarkanlah ia dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia, jika ia sedikit, banyakkanlah ia dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu. Dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Pengasih di antara yang pengasih.”