"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami
sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu.
Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya" (Ali 'Imran:8)
Rindu saat ni (^_^) ... Semoga semua adik-adik comel ni jadi insan yangcemerlangbukan dari segi akademik sahaja tapi dari segi akidahjugak...Then, semoga dirahmati ALLAH di dunia & akhirat...Luv U all.
“Ya Allah, Ya Tuhan
kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam
urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah,
permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala
yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala
kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada
segala yang mengasihani”.
Alhamdulillah, hanya itu yang mampu ku ucapkan....Tesis,poster?done...Presentation??not yet...tak sampai dua bulan lagi, InsyaAllah akan menamatkan zaman sebagai mahasiswi ISMP Kimia dengan jayanya...
Lepas tu nak buat apa? Sambung study or cari kerja??? Istikharah & Istisyarah...Tanyalah pada Allah, mohon petunjuk pada-Nya, supaya Dia bagi yang baik-baik je untuk kita... InsyaAllah ada jalannya...Lepas dah buat pilihan, kita kena la istiqamah...Semoga Allah redha dengan pilihan yang kita buat dan permudahkan segala urusan kita.
Nota Tangan:
- Istisyarah : bermusyawarah, berbincang, bertanya
pendapat dan pandangan orang lain.
- Istikharah : bertanya kepada Allah serta memohon petunjuk
kepada keadaan yang baik buat kita. Perlu diingat,istikharah di buat sebelum
kita ada kecenderungan ke atas sesuatu keputusan. Di khuatiri, kecenderungan
kita akan merosakkan hasil istikharah kita nanti.
- Istiqamah : tetap dengan pilihan yang dibuat dan berusaha
menjaga keputusan itu agar terus baik dalam jagaan syariat.
“Sayangilah seseorang seadanya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi orang yang engkau benci dan bencilah seseorang seadanya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi orang yang engkau sayangi.” – Saidina Ali.
InsyaAllah suatu hari nanti kamu akan suka subjek InOrganic Chemistry... Ye, kamu la Syaurah Ashikin (^_^)...So, xmau benci-benci, study rajin-rajin...Sambil-sambil study dengar lagu ni Kasih PadaMu, Hafiz Hamidun yang nyanyi, best...Saya suka, saya suka,hehehe...
Video ini adalah tentang suatu peristiwa yang boleh dikategorikan sebagai fonomena yang luar biasa dan jarang berlaku,hehehe...Percayakah anda??? Cerita ini ini mengisahkan peristiwa yang berlaku pada suatu amali. Ingin tahu kisah selanjutnya???Tonton la video ni sampai ke akhir, semoga memberi manfaat pada kita semua, InshaAllah......
Pelakon utamanya adalah Miss syaurah yang merupakan salah seorang mahasiswi tahun akhir salah sebuah universiti pendidikan di Malaysia. Unversiti pendidikan mana ye??? Haruslah UPSI dihati...Turut dibantu oleh tabung uji, rak tabung uji, kertas pasir, bikar (200 ml), rod kaca, spatula, pemanas, corong turas, Paku besi , pita magnesium, kerajang kuprum, zink, stanum, larutan agar-agar yang telah dicampur dengan larutan kalium heksasianoferat (III),K3Fe(CN)6, fenolftalein. Pelakon-pelakon pembantu ni diperolehi dari agensi pelakon tambahan Johana Lab. Video ini tidak akan wujud tanpa jurukamera yang berpengalaman iaitu Miss Ddan editornya Miss Syaurah sendiri, (save bajet,hehehe).
Classification: P13 Genre: Action / Crime General Release Date: 27 Feb 2013 Running Time: 4 Minutes 11 Seconds Distributor: - Cast: Miss Syaurah Director: Syaurah Ashikin
Alhamdulillah, akhirnya siap jugak
tugasan pertama untuk semester lapan..."
MyTugasan
Firman Allah s.w.t: : “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah, Ayat 286)
Ya Allah, kurniakanlah kami kecintaan,
keinginan dan kecenderungan
untuk belajar dengan penuh semangat dan
dedikasi untuk mencapai kecemerlangan
sepanjang hari ini. Jadikanlah permulaan
hari ini kebaikan untuk kami, pertengahannya keberkatan dan kesudahannya
keampunan dariMu.
Ya Allah, jadikanlah hari ini lebih baik
dari semalam dan jadikanlah
dan di dalam TAWA. Seiring sehati mewarna mimpi, setinggi awangan
PERSAHABATAN kita junjungi. SAHABATyang SOLEH adalah nikmat yang amat berharga
yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat ISLAM dan IMAN. Semoga
UKHWAH yang terjalin antara kita hingga ke SYURGA, InshaAllah..."
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku,titipkanlah kebahagiaan. Ya Allah, ku mohon apa yang telah Kau takdirkan. Ku harap dia adalah yang terbaik buatku.
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku, pelihara daku dari kemurkaanMu. Ya Tuhanku yang Maha Pemurah beri kekuatan jua harapan membina diri yang lesu tak bermaya. Semaikan setulus kasih di jiwa ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku pasangan yang beriman, bisa menemani aku supaya ku dan dia dapat melayar bahtera ke muara cinta yang Engkau redhai.
Ya Tuhanku yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku. Dengarkan rintihan hambaMu ini, jangan Engkau biarkan ku sendiri. Agarku bisa bahagia walau tanpa bersamanya. Gantikanlah yang hilang, tumbuhkan yang telah patah. Ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat. PadaMu Tuhan ku mohon segala.
Hanya Insan biasa yang masih berusaha untuk menjadi insan yang lagi baik dari sebelum ni..."Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
“Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia, jika ia ada dibumi, keluarkanlah ia dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia, jika ia sedikit, banyakkanlah ia dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu. Dengan rahmatMu, wahai Yang Maha Pengasih di antara yang pengasih.”